Followers

Sunday, September 18, 2011

..[MengApa cintA Allah?]

Cintaku hanyalah padamu,
Sejak dari pertamaku memandangmu,
Cintaku tak pernah hilang, dan sentiasa terus membunga dalam diri ini.

Aku tahu kadang-kadang cintaku diragui….
Aku fahami itu, namun cintaku hanya untuk padamu
Dalam jiwa ini hanya cintaku padamu,khas hanya untukmu
Walaupun nafasku ini akan terhenti kelak pasti cintaku hanya untukmu..




Demi kerana Cintaku padamu setiap waktu yang ada akan aku luangkan untukmu, kerna Dikau Maha suci Allah, Maha mengawasi, Maha Melihat lagi Maha Mendengar, Maha Mulia lagi Maha Bijaksana,

Walau dimana saja aku berada aku tahu Dikau memerhatikan aku,
Kerana Dikau senantiasa memerhatikan makhlukmu, dan Dikau Maha Pemberi kurniaan Rahmatmu pada siapa saja yang Dikau mahu, kerna dikau Maha Pemurah dan Maha Memenuhi segala keperluan makhlukmu

Keranamu Ya Rabb, cukuplah bagiku hanya adanya MU Ya Allah. Aku memperhambakan diriku hanya untukmu Ya Allah, ya Rahman ya Rahim.
Amin.. Insyallah..

Saturday, September 17, 2011

..[bila nAk kahwin?]

Entry ini ku kongsi untuk renungAn bersAma yAng bertajuk “bila nAk kahwin?”

Soalan ini dah jadi soalan yang dah sebati dengan saya semenjak 8 bulan selepas saya habis belajar. Jawapan saya mudah saja, “Bila dah sampai jodoh, saya akan kahwin..”
Usia saya baru 23 tahun, saya rasa saya bukan sampai tahap “terdesak” lagi untuk punyai suami. Niat tu memang ada tapi bila akan berlangsung, saya tak tahu. Kalau ada rezeki, cepatlah.

Kalau tak, terpaksalah saya terus menunggu. Bagi saya, soal jodoh ini sudah ditetapkan Allah SWT. Cepat atau lambat, kalau sudah tiba masanya, saya akan berkahwin juga.

Saya tak nak menjadikan kesibukan atau sedang mengumpul duit sebagai alasan untuk tidak mahu kahwin. Bukan pasal tu, tapi belum sampai masanya.
Teman teman rapat sayapun ramai dah berkahwin takkanlah saya tak punya keinginan yang sama untuk ada keluarga sendiri.

Insya-Allah kalau umur saya panjang, akan tiba juga saat itu. Amin..




Bagi yang sudah berumah tangga, alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T yang telah menemukan cinta dan kasih sayang kepada kalian.

Semoga rumah tangga anda semua dilimpahi rahmat dan kasih-Nya. Selain itu mungkin ada juga antara gadis-gadis diluar sana yang kerap bertanya sendiri sebegini:

Gadis ‘Pemalu’ A: Macam mana ye? Ada ker orang yang akan suka kat aku? Ramai yang datang sebelum ni. Tapi aku dah tolak, sekarang aku dah takda siapapun.

Gadis Pasrah B: Ayah aku dah sibuk bertanya, dah ada calon ke belum? Haih.. macam mana aku nak jawab ni? Hm, terima sahajalah sesiapa pun.

Gadis Teringin C: ’Jealous’lah tengok orang yang ber couple. Balik ada orang hantar, buat’assignmen’t pon sama-sama. Tapi aku?

Gadis Rela D: Aku tak kisahlah boyfriend yang macam mana pun. Yang penting ada orang sayang aku. Aku terima jer dia macam mana sekali pun.

Gadis Terlebih concern E: Aku tak nak makanlah. Nak diet.. mungkin sebab aku gemuklah tak ada orang yang suka kat aku.

Ketahuilah dan yakinlah bahawa perempuan yang baik akan bersama dengan lelaki yang juga baik begitu juga sebaliknya..


Ummi Aini
"Srikandi Cinta"

Thursday, September 15, 2011

..[Jiwa & Lara)



Drama ni mengisahkan persengketaan dan dendam antara 3 orang ni iaitu Zaman, Jiwa dan Lara dari tahun 80-an lagi hingga kini. Zaman (lakonan Aaron Aziz) ni penjenayah yang berjaya lepaskan diri dari pihak polis. Zaman kemudian melarikan diri bersembunyi di ladang getah.

Zaman terlibat dalam kemalangan dan dibawa tinggal oleh Baha yang melanggar Zaman. Di rumah Baha, ada Lara yang tak suka kat Zaman. Dia sangat bijak mengatur strategi hingga dapat mempergunakan Fakir , bos tempat dia kerja di ladang getah tu.

Jiwa pulak menganggap Zaman pesaing dan curiga dengan kebaikan Zaman, Jiwa ( lakonan Fauzi Nawawi) seorang mandur di ladang getah tu dan dia jugak mencintai LARA (lakonan Neelofa). Hubungan mereka mula renggang, Lara mula rapat dengan Zaman, Lara terjerat dengan kata kata manis Zaman, dan terlanjur.

Zaman berusaha untuk hapuska Jiwa, dia memukul dan mencampakkan Jiwa ke gaung. Kini anak tunggal bos, bernama MARINI (lakonan Faezah Elai) dia sudah pulang dari luar negara. Zaman nak bolot harta Fakir dan nak mengahwini Marini, dia menyisihkan Lara yang cuma penjual bunga.

Marini dipaksa kahwin dengan Zaman, Marini setuju sebab dia pun terlanjur dengan teman lelaki dia di luar negara. Zaman sudah tidak mendapat kepercayaan dari Marini dan Faakir, dia mula bertindak ganas membunuh Fakir untuk membolot harta Fakir.
Setelah 30 tahun, Zaman telah menjadi kaya dia telah menukarkan nama kepada Bakhtiar Murshid, dan dia mempunyai empayar perniagaan yang besar. Jiwa yang jatuh ke dalam gaung, diselamatkan oleh orang asli. Jiwa pun kembali bertemu Zaman dalam dunia perniagaan.

Jiwa mula menjejaki Lara kekasih dia yang amat dicintai dulu…

Sunday, August 21, 2011

..[yA allah ku mOhon pAdamU..]


bismillAhirAhmanirAhim..AlhamdulillAh blog srikAndi cintA masih "hidUp" dengan entry yAng ku tulis wAlaupun ku tiAda ceritA menArik untuk dikOngsi..sepErti yAng ku yAng ketAhui, ku mAsih menunggU tAwaran penempAtan guru, nAmun penempAtan guru sertA jawatan kerAjaan dibekukAn sehingga 31 OGOS 2011..

"doAku semOga melAngkah 1 SEPTEMBER 2011, bAkal mendApat beritA gembirA..Amin ya robb.."

dAlam mAsa menunggu ini, niAt di hAti mahu menyAmbung pelAjaran ke peringkAt seterusnyA iaitu sArjana...bilA lihAt saudAra mAra dAn sepUpu yAng mengengAm segulung sArjana, hAtiku terAsa cemburu...yA allah, mUngkin cemburu itu bAik dAn itu dijAdikan contoh telAdAn bAgiku untUk menguAtkan semangAt untuk menyAmbung pelAjaran peringkAt sArjana...

sebelUm mengAmbil keputusAn mengisi borAng, ku kuAtkan diri untUk survey kursUs yang sesuAi sertA university yAng sesuAi dan berdekAtan...pilihAn ku antarA UPM serdAng, UTM skudAi dan UTHM johOr...

hAti ini teringin nAk menjejAki kAki ke UPM, xtau nApe...wAlaupun ku tAhu adA kelebihAn jikA menyAmbuNg di UTHM, tempAt ku mengAmbil degree 4 tahUn yang lepas...ku gAgah diri explore ke lAman web UPM, memasUki ke lAman web Fakulti PengajiAn PendidikAn...
terdApat bAnyak kursus yAng ditAwarkan..


"progrAm sarjAna without thesis-sarjAna pendidikan (teknik & vok) menjadi pilihan ku untuk ku click next...untuk membAca sinopisis sertA melihAt subject2 yang ditAwarkan.."
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

21 OGOS 2011, ku mendapat surAtAn tAwaran menyAmbung pelAjran ke UTHM dAlam kursus Sarjana Pendidikan Teknikal( Rekabentuk InstruksionAl @ Teknolgi)...


"yA allah ku mOhon pAdamU mogA ku membuAt pilihAn yang sesuAi"..Amin..


..[dOa istikharAh..]


dUlu bilA disebUt istikhArah dalam otAk ku mesti teringAt mimpi atAu apa2 pEtUnjuk lAin yang agAk “ predictable”.dAlam soAl aktiviti yAng ku nAk lAkukan, atAu university atAu barAngan yang ku nAk beli mAsih keliru.petUnjuk untuk benda-bendA yang simple ini memAng simple jugA.


dOa istikharAh:



Ya Allah, sesungguhnya aku meminta pilihan yang tepat kepadaMu dengan ilmu
pengetahuanMu dan aku mohon kekuasaanMu (untuk mengatasi persoalanku) dengan
kemahakuasaanMu. Aku mohon kepadaMu sesuatu dari anugerahMu Yang Maha Agung,sesungguhnya Engkau Mahakuasa, sedang aku tidak kuasa, Engkau mengetahui, sedangaku tidak mengetahuinya dan Engkau adalah Maha Mengetahui hal yang ghaib...



Ya Allah, apabila Engkau mengetahui bahwa urusan ini (orang yang mempunyai hajat
hendaknya menyebut persoalannya) lebih baik dalam agamaku, dan akibatnya
terhadap diriku atau -Nabi Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: …di dunia atau
akhirat- sukseskanlah untukku, mudahkan jalannya, kemudian berilah berkah.



Akan tetapi apabila Engkau mengetahui bahwa persoalan ini lebih berbahaya bagiku
dalam agama, perekonomian dan akibatnya kepada diriku, maka singkirkan persoalan
tersebut, dan jauhkan aku daripadanya, takdirkan kebaikan untukku di mana saja
kebaikan itu berada, kemudian berilah kerelaanMu kepadaku.”


tidAk menyesAl orAng yang beristikhArah kepAda al-khAliq dan bermusyAwarah dengAn orAng mukmin dan berhAti-hAti dAlam menAngani persoalAnnya.rupAnya untUk sesetengAh perkAra, jAwapan istikArah ini jAuh lebih indAh daripAda apA yang akAl mAnusia boleh bAyangkan.MasyaALLAH, lepAt beriktikhArah, kitA hApuskAn semuA perasAan tAkut dAlam diri dengAn kembAlikan semuA urusAn Allah, bertAwakal dan pAda mAsa yang sAma berusahalAh dengAn cAra kitA sendiri..


Allah menjAnhikan yAng terbAik bAgi merekA yang bermusyAwarAh dan isstikhAraj.dAn yang etrbAIk itu sebenArnya terlAlu indAh dAri apA yang akAl mAnusia boleh gAmbarkan..



Saturday, August 20, 2011

..[selAmat berbukA puAsa..]

AlhamdUlillah, hari ini mAsuk 20 rAmadhan 1432H…cepAtnya mAsa berlalu kAn..sepAnjang 20 hAri ku berbukA di kediAman ku, belum berkEsempatAn membukA puAsa di luAr…adA jemputAn dARipada kAwan2ku nAmun ku menolAk…ku memilih untuk berbukA di kediAman bersAma keluArga, bersAma mAk ayAhku dan jugA abgku..dApat mengerAtkan silATurrahim dan jugA menikmAti hidAngan mAsakan ibu sendiri…itu lebih bAik untUk perut ku…InsyaAllah..


mEngimbAs kembAli, sepAnjang 4 tAhun di university dan 1 tAhun di kolEj mAtrikulAsi…bAzar rAmadahan menjAdi “dApur”ku untuk mencAri mAkanan untuk dijAdikan juAdah berbukA…setiAp petAng selepAs kelAs,ku akAn ke bAzar untuk membelinyA bersAma kAwan2….kAdang2 terasA bosAn cubA untuk membukA luAr di hotel dAn restorAn…amek pAkej buffet dengAn hArga berpAtutAn antAra RM20-RM30 seorAng…


memAndangku mAsih seorAng student, ku akAn bAjet bpe blnjA untuk setiAp untuk berbukA dan bersAhur…kebiAsaanya sebAgai pelAjar, menggunakAn duit lebih bAnyak walAupun ketikA masih di kOlej kediAman…hAnyA sem terAkhir ku memilih untuk tinggAl di rumAH sewa.AlhAmdulillah, dApat mAsak sendiri hidAngan..


antAra mAkanan yang ku sukAi ketikA berAda di bAtu pAhat iAlah nAsi beriAni ayAm/dAging/kAmbing….dAlAm sebulAn berpuAsa hanyA 2/3 kAli jerk u mAkan nAsi beriAni,.selAin itu ikAn/ayAm bAkar, kuih-mUih dan mAkanAn lAIn seperti lAksa penAng dan nAsi kerAbu..rindu mAkanan itu semUa nAmun mAsakAn ibu yAng ku pAling sukA, gemAr …..


~selAmat berbukA puAsa~..

Wednesday, August 17, 2011

..[Nuzul al-Quran..]

Selamat menyambut Nuzul al-Quran pada 17 Ramadan 1432H bersamaan 17 Ogos 2011. Bersama-sama kita menghayati hari yang mulia ini dengan penuh ketawadukkan kepada Allah S.W.T

Monday, August 15, 2011

..[kesihAtan & dUit..]


sAlam ramAdhan al-mubArak...hari ini umAt menyAmbut rAmadhan hari ke-15.syUkur alhamdulillAh..bAgiku, kesihAtan yang sihAt dan dapat menjAlani ibAdah berpuAsa bersAma keluArga adalah anugerAh yang tidAk terhinggA yang allAh kurniAkan pada hAmbaNya seperti ku ini...

setiAp hari ku memperuntukkAn 1 & 2 jAm untuk blogger wAlking, membAca entry yAng menArik..untUk menAmbAhkan ilmu pengetAhuan di dAda sertA mendApat iktibAr daripAda ceritA yang bermAkna untuk kehidupAnku..

sebEnarnya,ku sukA blOg blogger yAng menjAlankan bisnEs, sukA tengOk dan bAca cara pemikirAn sertA strAtegi yang dijAlankan oleh mEreka dalAm melAriskan produk...DAN produk yAng ku berminAt adAlah yAng berkAitan dengAn kesihAtan..mUngkin ku seorAng yang sAngAt mementingkAn kesihatAn dari hUjung kaki sehinggA hUjung rAmbut...

dAn....ku tertArik dengAn HERBALIFE..insyAallAh, tidAk lama lAgi ku akAn join teAm HerbALife..InsyAllah..melAlui pAntuAn awAl, herbAlife suAi dengAn jiwAku...menghArapkan ku berjAya memasuki teAm HerbAlife..


mencAri coAch............................

Thursday, August 11, 2011

..[Mengharap Rahmat Allah]


Mengharap Rahmat Allah

Dari jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: ”Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah S.W.T belaka.” (Riwayat Muslim)

"..bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat". (Al-Hujuraat: 10)

“Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang muhsinin (orang yang memperbaiki amalannya).” (Surah al-A’raf: 5)


"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya." (A-li 'Imraan: 8)

Dan berdoalah (wahai Muhammad dengan berkata): "Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat!" (Al-Mu'minun: 118)




Wednesday, August 10, 2011

..[kAgum dengAn eliA jejAriruncing]



9 August 2011, buAt pertAma kali elia jejarirUncing mengupdAte blog selepAs kejAdian putUs tunAng dia bersAma khAirul fAhmi.dAripda apa yang ku bacar dari blog jejariruncing, Elia sangat tabAh orangNya, sAngat tenANg semAsa menulis updAte di blOgnya dan harUs dihOrmati pendApatnya.respek ler ayAt ayAt yang menunjUkkan betApa dia pAsrah dengAn yang menimpA dirinya..sesunggUhnya hAnya merekA yang terpipih sAhaja mendApat dugAan sebegini dAripAdaNya..

"Namun, disebalik segala kedukaan ini saya sangat bersyukur kehadrat Ilahi kerana Dia telah memberi ujian sebegini.Setelah melakukan solat istiqharah dan beberapa solat hajat, akhirnya Engkau beri petunjuk dan membuka “hijab” yg selama ini tertutup. Alhamdulillah kerana telah memilih hambamu yang serba kekurangan ini untuk diuji dan diberi petunjuk. Dan dengan ujian ini telah menjadikan saya lebih kuat dan tabah dari hari-hari sebelum. Saya yakin ada hikmah disebalik segala kejadian ni. Kebenaran itu walau pahit dan sukar diterima namun itu semua ketentuanMu. takdirMu ku terima dengan hati yang terbuka. Aku redha dengan segala yang telah Kau rancangkan ke atasku"


eliA ternyAta tAmpak mAtang apAbila tidAk lagi mAhu menuding jAri kepAda sesiApa tentAng kegAgalan pertunAngannya. kAgum dengAn eliA yang mAmpu membUat keputusAn sebegini.bukAn senAng untuk kitA memendAm perAsaan tetApi nAmpaknya eliA redhA dengAN takdir yAng ditentukAn kepAdanya..

"Tak perlulah dibahaskan punca sebenar keputusan kami untuk putuskan pertunangan ini. Tak guna kita saling menuding jari dan masalah pun tak akan selesai. Ini semua ketentuan takdir dari yang Maha Esa. Memang saya akui, masing-masing ada salah dan silap. Segala punca dan cerita secara details biarlah hanya saya, dia dan Allah sahaja yang tahu. Tak perlulah saya nak mengaibkan mana-mana pihak kerana banyak hati yang perlu saya jaga. The last thing i ever want to do is to hurt those people i truly love"

~semogA eliA bAkal seseorAng yang lebih bAik & suAi untuk diA..perempuAn yang bAik untuk lelAki yang bAik..insyAallAh.Amin~


Blog Widget by LinkWithin