Followers

Saturday, September 17, 2011

..[bila nAk kahwin?]

Entry ini ku kongsi untuk renungAn bersAma yAng bertajuk “bila nAk kahwin?”

Soalan ini dah jadi soalan yang dah sebati dengan saya semenjak 8 bulan selepas saya habis belajar. Jawapan saya mudah saja, “Bila dah sampai jodoh, saya akan kahwin..”
Usia saya baru 23 tahun, saya rasa saya bukan sampai tahap “terdesak” lagi untuk punyai suami. Niat tu memang ada tapi bila akan berlangsung, saya tak tahu. Kalau ada rezeki, cepatlah.

Kalau tak, terpaksalah saya terus menunggu. Bagi saya, soal jodoh ini sudah ditetapkan Allah SWT. Cepat atau lambat, kalau sudah tiba masanya, saya akan berkahwin juga.

Saya tak nak menjadikan kesibukan atau sedang mengumpul duit sebagai alasan untuk tidak mahu kahwin. Bukan pasal tu, tapi belum sampai masanya.
Teman teman rapat sayapun ramai dah berkahwin takkanlah saya tak punya keinginan yang sama untuk ada keluarga sendiri.

Insya-Allah kalau umur saya panjang, akan tiba juga saat itu. Amin..




Bagi yang sudah berumah tangga, alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T yang telah menemukan cinta dan kasih sayang kepada kalian.

Semoga rumah tangga anda semua dilimpahi rahmat dan kasih-Nya. Selain itu mungkin ada juga antara gadis-gadis diluar sana yang kerap bertanya sendiri sebegini:

Gadis ‘Pemalu’ A: Macam mana ye? Ada ker orang yang akan suka kat aku? Ramai yang datang sebelum ni. Tapi aku dah tolak, sekarang aku dah takda siapapun.

Gadis Pasrah B: Ayah aku dah sibuk bertanya, dah ada calon ke belum? Haih.. macam mana aku nak jawab ni? Hm, terima sahajalah sesiapa pun.

Gadis Teringin C: ’Jealous’lah tengok orang yang ber couple. Balik ada orang hantar, buat’assignmen’t pon sama-sama. Tapi aku?

Gadis Rela D: Aku tak kisahlah boyfriend yang macam mana pun. Yang penting ada orang sayang aku. Aku terima jer dia macam mana sekali pun.

Gadis Terlebih concern E: Aku tak nak makanlah. Nak diet.. mungkin sebab aku gemuklah tak ada orang yang suka kat aku.

Ketahuilah dan yakinlah bahawa perempuan yang baik akan bersama dengan lelaki yang juga baik begitu juga sebaliknya..


Ummi Aini
"Srikandi Cinta"

No comments:

Blog Widget by LinkWithin